Tuesday 7 June 2011

Kawan Bukan Pacaran ! -Bab 4

Malam jumaat itu, nenek Hanila datang ke rumah Puan Shima,ibu kepada Hanila. Mereka makan bersama-sama pada malam itu. Hanila sedang tidur lena.Agaknya letih.

"Hani mana?"tanya Nek Kiah. Risau agaknya kerana tidak nampak pula cucu kesayangannya itu. 

"Hani tidur.Dia baru balik dari Kuantan. Hai..baru berkelah,"balas Puan Shima sambil menuangkan air sirap didalam gelas yang bercorakkan bunga itu.

"Haira mana?Dari tadi mak tak nampak dia,"Nek Kiah bertanya lagi.

"Haira tengah buat kerja dia. Dia agak sibuk,"jawab Puan Shima.

"Haiihh..semuanya sibuk dengan hal masing-masing,"Nek Kiah merungut.

Puan Shima hanya terdiam. Tidak sanggup dia hendak menjawab. Memanglah. Hanila sibuk dengan kokurikulum pada minggu depan. Kahaira pula sibuk membuat kertas kerjanya. Suaminya,Encik Saiful pula sibuk dengan hal pejabat. Mesyuarat sini,mesyuarat sana. Macam mana semua nak lekat di rumah. Nasib baik Hanisa ada. Dia selalu menemani Puan Shima dirumah.

Nek Kiah terus membawa begnya sambil menaiki tangga untuk ke atas. Dia berasa letih kerana hampir setengah hari dia berada di dalam bas. Maklumlah,sibuk nak jumpa cucu kesayangannya. Suaminya pula sudah hampir 5 tahun meninggalkannya.

Nek Kiah sampai ke biliknya. Dia meletekkan begnya yang sederhana besar ke atas katil. Kemudian,dia membuka zip beg untuk mengambil baju.

* * * * *
Hanila segera mencapai tualanya yang bersangkut di balik pintu lalu menekan suis bilik airnya. Dia terasa letih. Belum sempat dia melangkah kakinya ke dalam bilik air,dia terdengar bunyi mesej dari telefon bimbitnya. Dengan lemah-longlai,dia melangkah ke katilnya untuk mencapai telefon bimbitnya yang berjenama Sony Ericson itu.

Mesej itu jelas menunjukkan dari Hazrul. Dia segera kiriman mesej itu. Jari-jarinya menari pada nombor-nombor itu.

Kemudian,Hanila segera melangkahkan kakinya ke dalam bilik air.

Selepas Hanila membasahkan dirinya, dia turun tangga untuk makan. Dia terasa lapar pula. Dia berasa semakin lapar kerana meja makan di rumah itu tiada apa-apa. Dia membuka peti. Kelihatan sebungkus biskut dan sebotol air susu. Dia kemudian mengeluarkan semua itu lalu meletakkan di atas meja makan.

"Nisa,mama mana?"tanya Hanila sambil mengunyah biskut lalu meneguk segelas air susu itu.

"Tidurla..Dah pukul 11 malam. Mestilah mama tidur. Takkan nak menjahit pula kan,"Hanisa dengan spontannya menjawab sambil menengok TV. Hanisa ketawa kecil.

'Eyy,ada aku tumbuk budak ni karang. Takut pulak tak pegi sekolah 10bulan,'desis hati Hanila.

Hanila hanya diam. Dia menonton TV sekali bersama adiknya. Setelah jam menunjukkan 12 malam, dia tidak mengantuk lagi. Maklumlah,selepas balik dari pantai,dia terus tidur sampai pukul 10 malam. Mana tak ngantuknya pada pukul 12 malam.

Hanila menutup TV itu. Hanisa sudah tertonggeng tidur di atas sofa itu. Hanila mengejutkan adiknya untuk menyuruh adiknya tidur didalam bilik. Dengan perlahan,Hanisa berjalan menuju ke tangga.

Hanila juga naik ke atas. Dia membuka laptopnya di meja belajarnya. Dia terus mencucuk broadband pada laptop itu. Selepas itu, dia membuka laman google. Dia membuka laman sosialnya,Facebook.

'Sudah lama aku tak online. Haha. Sekarang masanya aku nak online 24jam,' Desis hati kecil Hanila. Jari-jemarinya dari tadi menari di atas papan kekunci itu. Entah apa yang ditaipnya pun tidak tahu.

# * # * # *

No comments:

Post a Comment