Sunday 5 June 2011

Kawan bukan Pacaran ! -Bab 2

"Kau pergi mana cuti sekolah ini?"tanya Hanila kepada Feeka. Feeka hanya mengangkat bahunya sambil menggalas begnya yang berat.

   "Aku nak pergi ke Pulau Pinang,"sampuk Hazrul yang kini menumpukan perhatiannya kepada Hanila pula. Hazrul memang suka menyampuk apabila orang bertanya kepada orang lain.

   "Aku rasa aku tak tanya engkau,"balas Hanila dengan selamba dan tidak memandang langsung muka Hazrul. Firdaus yang dari tadi diam kini tergelak diikuti dengan Feeka yang hanya mendengar perbualan antara kawan baiknya itu. Hazrul tersengeh sendirian.

   Mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah masing-masing. Sekali mereka gelak, sekali mereka diam. Begitulah mereka hampir setiap hari. Syahiera pula selalu memerhatikan Hanila dan Hazrul. Setiap kali Hanila dan Hazrul bersama, mesti ada orang yang menghalang walaupun untuk pembelajaran. Hish ! Dunia , Dunia !

   * * * * *
    Petang jumaat itu, Feeka segera mengemas beg untuk pulang ke kampung halamannya. "Eka,ma panggil. Cepat turun,"Feeka terdengar suara abangnya,'Sudah agak ! Pasti abang balik kerana cuti semester !' desis hati Feeka.

   Feeka segera turun tangga. "Dah kemas barang ke?"tanya Puan Hayani yang sedang menghidangkan goreng pisang di atas meja makan. Tangan Feeka segera mencapai goreng pisang itu tetapi gagal kerana abangnya menepuk tangannya tanda menyuruh untuk mencuci tangan adiknya itu.

   Feeka segera ke dapur. Dia memulas paip untuk mencuci tangannya lalu kembali semula ke ruang makan. Dia segera mencapai goreng pisang yang panas itu.

   "Abang balik kampung bersama dengan Eka ke?"tanya Feeka yang inginkan kepastian. Abangnya yang sedang mengunyah goreng pisang itu menghabiskan kunyahannya lalu minum air kopi yang terhidang itu.

   "Yala...Abang dah lama tidak berjumpa dengan nenek,"kata abangnya,Faris. Feeka mengangguk lalu bertanya pula kepada Puan Hayani. "Papa mana?" tanya Feeka yang suka sangat bertanya tak kira sesiapa pun.

   "Sekejap lagi baliklah. Sabar..Papa mesti penat. Mungkin malam kita akan bertolak. Tidak pun pada pagi esok,"kata Puan Hayani lalu menghabiskan secawan air kopi."Kamu mesti ada kerja sekolah. Bawa sekali. nanti senang,"sambung Puan Hayani lagi.

   Feeka hanya mengangguk.

* * * * *
   Hanila baring di atas katil. Dia terbayang wajah Hazrul. Selepas itu, dia terbayang muka Syahiera pula. Dia berasa bersalah dengan Syahiera.

   'Tuk ! Tuk !' Pintu bilik Hanila diketuk. Hanila segera membuka pintu biliknya itu. Kelihatan adiknya yang berada di depan pintu.

   "Kakak,ibu suruh turun untuk makan malam,"kata adiknya,Hanisa.

   "Cakap dengan ibu, kakak kenyang lagi. Ibu,ayah dan Nisa pergi makan dulu. Nanti kalau kakak lapar, kakak akan turun untuk makan yee,"kata Hanila kepada Hanisa. Setelah mendapat jawapan dari kakaknya, Hanisa berlalu pergi.

   Hanila menutup pintu biliknya lalu menguncinya sekali. Dia baring di atas katilnya yang empuk itu. Dia berasa panas lalu menekan suis penghawa dinginnya. Huhh~ Segar !

* * * * *
   "Wah ! Dah sampai la,"kata Feeka. Dia berasa ge,bira kerana dia sudah berada di halaman rumah neneknya.

   "Daripada Eka duduk disitu, lebih baik tolong angkatbeg-beg ini,"kata Faris yang sibuk mengangkat beg.

   Mereka sekeluarga bertolak pada pukul 6.00 pagi . Mereka tidak bertolak pada jumaat malam kerana Encik Osman pulang lewat dari kerjanya.
   "Alhamdulillah..Sampai juga kamu,"kata Nek Jah lalu bersalaman dengan anak cucunya.

   Feeka terus berlari menuju ke ruang tamu lalu dia memasuki bilik. Dia menghempaskan badannya di atas katil. Feeka berasa sangat ngantuk kerana awal pagi lagi sudah bangun. Seperti dia pula yang memandu.
   Setelah bersalaman, mereka masuk kedalam rumah Nek Jah. Puan Hayani terus masuk ke bilik untuk meletakkan beg baju ahli keluarganya. Dia terkejut kerana ternampak anak bongsunya sedang tidur di atas katil.

# * # * # *

No comments:

Post a Comment