Sunday 5 June 2011

Kawan bukan Pacaran ! -Bab 3

Feeka baru balik dari kampungnya.Dia berasa sangat letih. Dia duduk diatas kerusi di meja belajarnya.Dia mengambil sebatang pen dan diarinya.Tiba-tiba,telefon bimbit Feeka berdring. Feeka bangun dari meja belajarnya lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil. Dia segera menekan butang hijau pada telefon bimbit yang berjenama Nokia.

"Hello..?"

"...."

"Pantai ?! Bestnyaa !"

"...."

"Budak dua orang tu ikut sekali?"

"...."

"Abang aku ada. Hah ! Boleh la aku suruh abang aku jadi driver kan?"

"...."

"Okay..Bye..,"

Feeka berasa sangat gembira. Macam-macam dalam fikirannya menyebabkan dia selalu tersenyum sendirian.Feeka terus pergi ke bilik abangnya.Feeka mengetuk pintu bilik abangnya lalu memulas tombol pintu itu.

"Aikk? Apa pulak Eka duduk dalam bilik ini?"Faris terkejut apabila nampak adiknya berada dalam biliknya.Dia segera melipat laptopnya itu. Dia takut jika adiknya tengok dia sedang berchatting di facebook dengan seseorang. Hehe !

"Abanggg....,"Eka duduk baring di atas katil abangnya yang empuk itu lalu memanggil abangnya dengan nada yang mengada-ngada.Dia memeluk bantal peluk yang terletak diatas katil itu.

"Ish ! Ngada la Eka ni. Bagitahu je la,"Faris menegaskan adiknya.

"Hehe..Boleh tak jadi driver kiteorang?"tanya Eka sambil tersengih.

"Driver? Amboi..Adik abang ni dah pakai driver. Boleh la bayar gaji nanti,"gurau Faris."Driver untuk apa sebenarnya?"sambung Faris.

"Macam ni,Eka,Hani,Pidot dan Haz merancang nak pergi ke Pantai Balok.Jadi,kita memerlukan seorang driver dan driver itu ialah abang. Jangan risau. Kami akan memberi ganjaran!"kata Eka lalu ketawa kecil.

"Bila? Tak sabar dah nie,"

"Lusa!"kata Eka dengan nada gembira.

* * * * *
Faris segera menghidupkan enjin kereta Avanza kepunyaan Encik Osman. Encik Osman jarang menggunakan kereta itu. Jika hendak pulang ke kampung halaman, kereta itu akan digunakan. Untung Faris ada lesen. Boleh dia guna kereta itu

Feeka mengangkat begnya lalu meletakkan di bonet kereta.Hazrul dan Firdaus pula sibuk berborak. Mereka hanya memandang sekitar rumah Feeka. Hanila pula sibuk dengan handphonenya. Entah siapa yang dia bermesej pun tak tahu.

"Arghhh!!!"Hanila menjerit sekuat hati. Suara Hanila membuatkan semua orang terdiam dan berhenti membuat kerja.

"Kenapa dengan kau ni?"tanya Feeka. Dia berasa hairan kerana Hanila tidak pernah menjerit sekuat ini. 

"Kau tengok la ni,"Hanila menunjukkan handphone nya kepada Feeka. Feeka tergelak melihat telatah Hanila.
"Kau ni gelak kan aku pula,"Hanila memuncungkan mulutnya.

"Lawak la kau ni. Game punya pasal kau sanggup jerit kuat,"Hazrul tergelak diikuti dengan Firdaus dan semua yang berada di depan rumah Feeka.

"Hani,tak baik lah menjerit kat sini. Ini rumah orang. Bukan rumah kita,"nasihat Kahaira,Kakak sepupunya.

Faris menyuruh mereka masuk ke dalam kereta kerana semua kelengkapan sudah dimasukkan."Siapa yang nak duduk depan?"tanya Faris. 

"Kak Haira ! Kak Haira!"jerit Hanila dan Feeka.

* * * * *
"Haz,aku ada satu idea ni,"kata Firdaus kepada Hazrul yang sedang mendengar lagu di MP3.

"Apa?"tanya Hazrul yang ingin mengetahui. Firdaus tidak menjawab lalu memberikan sebatang lidi kepada Hazrul. Mereka kedepankan badan masing-masing lalu mencucuk kepala Hanila dan Feeka.

"Jangan sampai aku cucuk kau punya hidung. Jadi macam lembu pulak,"kata Hanila.

* * * * *
Mereka sampai pada pukul 12.00 tengah hari. Mereka hanya membawa bekal. Hazrul dan Firdaus mendirikan khemah. Kahaira,Hanila dan Feeka pula sibuk menghidangkan makanan. Faris pula tidur kerana keletihan memandu. Sudah lama dia tidak memandu. 

Hazrul dan Firdaus tidak pernah habis berbual. "Wei! Korang berbual bila nak siap khemah ni?"tanya Feeka.

"Kau tu makanan macam dah siap,"

"Eh ! Makanan dah siap,"kata Feeka sambil memeluk tubuhnya. Sejuk agaknya.

* * * * *
Malam itu, Feeka berasa sejuk kerana dia tidak tahan dengan angin di pantai. Hanila pula sibuk bermain api.Tiba-tiba,Hazrul menyergah Hanila yang sedang ayik bermain api.

"Ish! Kau buat apa kat sini?"tanya Hanila yang separuh terkejut.

"Hehe..Saja kacau kau,"balas Hazrul.

"Choopp! Dulu kau kata kau nak pergi Pulau Pinang?"Hanila hairan.

"Tu la kau.. Suka sangat potong ayat aku. Aku cakap nak pergi dalam mimpi. Tapi tak kesampaian,"Hazrul tersengih.

Hanila hanya tergelak. Mahu je dia sengkeh kepala Hazrul. Hanila berlalu pergi masuk ke dalam khemah. Feeka sedang nyenyak tidur. Kahaira tidur di dalam khemah yang berbeza. Katanya, senang untuk sembahyang subuh nanti.Faris pun sama. Firdaus sibuk membaca walaupun menggunakan lampu suluh. Dia memang gemar membaca. 

Hanila menggerakkan Feeka dari tidur. Hanila hendak berjalan ke pantai bersama-sama. Mula-mula,Feeka menolak. Tapi,setelah dipujuk,akhirnya dia bersetuju.

* * * * *
Selepas dua malam menginap di sana, mereka berkemas barang untuk pulang ke rumah masing-masing. Kali ini,Faris,Firdaus dan Hazrul membuka khemah. Kahaira,Feeka dan Hanila pula sibuk bermain di tepi pantai. Selepas siap membuka khemah,mereka bertiga terus berlari ke pantai. Mereka berjalan-jalan ke pantai buat kali terakhir. 

Mereka bermain air, membuat istana pasir dan macam-macam lagi. Macam budak kecil ! Ish! Ish !Selepas satu jam, mereka pergi ke kereta. Mereka makan di Restoran untuk makan tengah hari. Selepas itu, mereka bertolak dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah.

Mereka tiba dengan selamat.Mereka sampai di rumah pada pukul 3 petang.Alhamdulillah.

# * # * # *




No comments:

Post a Comment